TAKDIR DAN PERMASALAHANNYA 2

Diriwayatkan juga(dalam sahih Muslim),Rasulullah s.a.w bersabda,"Sungguh seseorang melakukan amalan ahli syurga menurut yang tampak pada manusia padahal sebenarnya ia calon ahli neraka:dan sungguh seseorang melakukan amalan ahli neraka menurut yang tampak pada manusia padahal sebenarnya ia termasuk ahli syurga."(Riwayat Muslim)

Diriwayatkan pula didalam sahih Muslim bahwa Rasulullah s.a.w bersabda,"Tiada seorang pun dari kamu melainkan sudah diketahui tempatnya oleh ALLAH berupa syurga buat neraka."Para sahabat bertanya,"Wahai Rasulullah,untuk apa kita beramal,apakah kita tidak berserah saja?"Beliau menjawab,"Jangan,Beramallah,kerana setiap orang dimudahkan untuk apa ia diciptakan,"Kemudian beliau membaca ayat(yang ertinya),"Adapun yang memberikan hartanya dijalan ALLAH dan bertakwa,dan membenarkan adanya pahala yang terbaik(syurga),maka kami kelak akan menyiapkan baginya jalan yang mudah.Dan adapun orang2 yang bakhil dan merasa dirinya cukup,serta mendustakan pahala yang terbaik,maka Kami kelak akan menyediakan baginya jalan yang sukar."(Sahih Muslim4:2040,hadis no. 2647)
Soalan:
Apakah dalil mengenai tingkat kedua,iaitu beriman kepada penulisan takdir?
Jawapan:
ALLAH berfirman,yang bermaksud,"...Dan segala sesuatu Kami kumpulkan dalam Kitab Induk yang nyata(Lauh Mahfuz)."(Yasin:12)
"...bahawasanya yang demikian itu terdapat dalam sebuah kitab(Lauh Mahfuz)..."(al-Hajj:70)
ALLAH berfirman mengisahkan tentang Musa a.s dalam mematahkan hujjah Firaun,"Firaun berkata,'Maka bagaimanakah keadaan umat2 yang dahulu?'Musa menjawab,'Pengetahuan tentang itu ada disisi Tuhanku,didalam sebuah kitab,Tuhan kami tidak akan salah dan tidak(pula)lupa."(Thaha:51-52)
firmanNYA lagi,"....Dan tidak ada seorang perempuan pun mengandung dan tidak(pula)melahirkan melainkan dengan se pengetahuanNYA.Dan sekali2 tidak dipanjangkan umur seorang yang ber umur panjang dan tidak pula dikurangi umurnya,melainkan(sudah ditetapkan)dalam kitab(Lauh Mahfuzh).Sesungguhnya yang demikian itu bagi ALLAH adalah Mudah."(Faathir:11)
dan Masih banyak ayat lainnya.

Rasulullah s.a.w bersabda,"Tiada seorang pun yang bernyawa melainkan telah ditulis oleh ALLAH tempatnya nanti,disyurga atau di neraka,dan ditulis pula bahagia atau sengsara."(Riwayat Muslim)

dalam riwayat Muslim ini juga diceritakan bahwa Suraqah bin Malik bin Ja'syam berkata,"Ya Rasulullah,jelaskan kepada kami agama kami,seakan2 kami sekarang ini telah diciptakan(untuk sesuatu yang sudah ditentukan)Maka untuk apakah beramal pada hari ini?Apakah hanya untuk mengikti ketentuan yang telah tertulis sebelumnya dan mengikuti ketetapan takdir yang sudah diputuskan ataukah beramal untuk menghadapi sesuatu yang akan datang?"Beliau menjawab,"Tidak,melainkan untuk yang telah dituliskan dalam ketentuan takdir."Suraqah bertanya,"Maka untuk apa kita beramal?"Beliau menjawab,"Beramallah,masing2 akan dimudahkan."Dalam satu riwayat disebutkan,"....setiap orang yang beramal dimudahkan kepada amalnya."(Riwayat Muslim)

Dan masih banyak hadis lainnya.

Soalan:
Takdir apakah yang termasuk dalam kategori tingkat kedua ini?
Jawapan:
Ada lima jenis takdir yang termasuk dalam kategori ini,yang semuanya kembali kepada "Ilmu" ALLAH.


*1)Pertama,penulisan semua itu dilakukan 50,000 tahun sebelum diciptakannya langit dan bumi ketika ALLAH menciptakan kalam(Pena)dan ini disebut taqdir azali.


*2)Kedua,taqdir 'Umri(seumur hidup),iaitu ketika ALLAH mengambil perjanjian pada saat Dia mengajukan pertanyaan kepada ruh manusia dialam arwah,"Bukankah Aku ini Tuhanmu?"

*3)Ketiga,taqdir 'Umri juga,iaitu ketika penciptaan nutfah di dalam rahim.


*4)Keempat,taqdir hauli(takdir tahunan)pada Lailatul Qadar.


*5)Kelima,taqdir yaumi(takdir harian),iaitu pelaksanaan semua itu pada tempat masing2.

Soalan:
Apakah dalil tentang taqdir azali?
Jawapan:
ALLAH berfirman,yang bermaksud,"Tiada suatu bencana pun yang menimpa dibumi dan(tidak pula)pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam Kitab(Lauh Mahfuz)sebelum kami menciptanya."(al-Hadid:22)

Diriwayatkan didalam as-sahih bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,"ALLAH telah menulis takdir makluk pada lima puluh ribu tahun sebelum Dia menciptakan langit dan bumi."Rasulullah bersabda,"Dan ArsNya diatas air."(Sahih Muslim 4:2044,hadis no.2653)


Sabda beliau,"Sesungguhnya sesuatu yang mula2 diciptakan oleh ALLAH adalah Kalam(Pena),lalu Dia berfirman kepadanya,'Tulislah!'Lantas kalam itu bertanya,'Oh Tuhan,apakah yang aku tulis?'ALLAH berfirman,'Tulislah takdir segala sesuatu hingga datangnya hari kiamat.'"(al-Hadis didalam As-Sunan)


Sabda beliau lagi,"Wahai Abu Hurairah,telah kering kalam menulis segala segala sesuatu yang bakal terjadi...."(Riwayat Bukhari)


hadis tersebut terdapat di dalam Sahih Bukhari dan masih banyak lagi hadis lainnya.


Soalan:
Apakah dalil tentang taqdir 'Umri pada hari perjanjian!
Jawapan:
ALLAH berfirman maksudnya,"Dan(ingatlah)ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak2 Adam dari sulbi mereka dan ALLAH mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka(seraya berfirman),'Bukanlah Aku ini Tuhanmu?'Mereka menjawab,'Betul(Engkau Tuhan kami),kami menjadi saksi.'..."(al-A'raf:172)


Ishaq bin Rahawaih meriwayatkan bahwa seorang bertanya kepada Rasulullah s.a.w,"Wahai Rasulullah,apakah amalan2 itu baru permulaan ataukah sebagai perlaksanaan qadha(takdir)?"Beliau menjawab,............sambungan